Tuesday 13 December 2011

Negara Pengeluar Utama Batu Permata Bermasalah

Tahukah anda negara-negara pengeluar batu permata utama di dunia ini kebanyakannya merupakan negara yang bermasalah? Biasanya negara-negara ini mempunyai rekod yang buruk seperti pencabulan hak kemanusiaan, keadaan geo-politik yang tidak stabil, peperangan, penindasan dan masalah-masalah lain. Malah ada sesetengah negara yang diperintah oleh junta tentera menggunakan hasil eksport batu permata untuk membiayai kegiatan ketenteraan seperti di Myanmar. Kegiatan subversif dari gerila dan para-militari di Colombia turut memburukkan keadaan. Di Afrika pula, industri perlombongan batu permata terutama sekali diamond (dikenali sebagai "blood diamond") mengakibatkan penindasan terhadap manusia seperti mengeksploitasikan buruh kanak-kanak dan hasil batu permata digunakan bagi membiayai kegiatan militan dan gerila. Berikut adalah beberapa negara yang bermasalah tetapi mempunyai pengeluaran batu permata yang terkemuka dunia.

Myanmar - negara pengeluar utama ruby (delima) yang berkualiti tinggi di dunia. Satu-satunya negara yang mempunyai ruby dengan warna merah darah burung merpati (pigeon blood ruby) yang sangat berharga. Tempat yang paling terkenal bagi perlombongan batu ruby ini ialah di Mogok. Selain itu juga, Myanmar mengeluarkan jadeite yang berrharga. Setiap tahun, junta tentera akan melelong bongkah-bongkah jadeite yang amat berharga ini bagi kegiatan ketenteraan mereka. Myanmar turut juga mempunyai deposit sapphire, spinel dan beberapa batu permata lain. Selain isu penindasan manusia yang berlaku di Myanmar, penyalahgunaan dadah amat berleluasa di kalangan pelombong batu permata ini. Ini kerana negara ini turut tersenarai dalam negara "Segitiga Emas" (Myanmar, Laos, Vietnam dan Thailand) yang merupakan pengeluar dadah opium dari pokok popi terbesar di dunia. Warna merah pada ruby Myanmar ditafsirkan sebagai darah rakyat Myanmar yang ditindas oleh junta tentera serta penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda negara ini.

Colombia - siapa yang tidak kenal dengan emerald (zamrud) dari negara ini? Dengan warna hijaunya yang sangat mempersonakan, emerald dari Colombia merupakan emerald yang paling tinggi nilainya dalam pasaran. Colombia mempunyai lombong emerald yang terbesar di dunia dengan lokasi perlombongan emerald utama terletak di Muzo, Coscuez, dan Chivor. Selain itu, Colombia mempunyai sejenis emerald yang paling sukar ditemui di dunia iaitu "trapiche emerald" yang mempunyai bentuk seperti bintang 6 bilah. Colombia merupakan negara yang mempunyai kegiatan gerila dan para-militari yang terlibat di dalam pengeluaran dadah kokain dari pokok koka dan mempunyai jaringan pengedaran yang terbesar di dunia. Selain itu mereka juga turut terlibat di dalam penculikan serta pembunuhan sehinggakan bandar-bandar di Colombia akan menutup semua jalannya pada jam 5.00 petang hingga 8.00 pagi kerana kegiatan mereka yang sangat merbahaya.

Afrika - terkenal dengan diamond (berlian) yang dijadikan hasil untuk membiayai kegiatan gerila dan pengganas yang dikenali sebagai "blood diamond." Perang saudara yang sering berlaku di sana turut mengakibatkan kanak-kanak dikerah dan dipaksa untuk memegang senjata bagi menghadapi peperangan. Negara-negara Afrika yang terlibat di dalam perdagangan diamond berdarah ini termasuk Angola, Liberia, Côte d'Ivoire, The Democratic Republic of the Congo (dahulunya dikenali sebagai Zaire) dan Republic of Congo (Congo-Brazzaville). Pada tahun 1997, PBB telah mengharamkan pembelian diamond dari Angola di dalam usaha untuk menghalang sebarang aktiviti keganasan dan peperangan. Menurut PBB, dianggarkan 20% atau lebih hasil diamond Angola digunakan bagi membiayai keganasan. Liberia disekat pada 2001 dari mengeksport diamond kerana didapati membiayai kegiatan al-Qaeda dan aktiviti militan lain. Pada hari ini Liberia telah dibenarkan semula untuk mengeksport diamond setelah sekatan yang dikenakan ditarik balik. Côte d'Ivoire yang baru menjadi pengeluar diamond pada era 90-an telah disekat pada 2005 kerana membiayai peperangan dan menjadi laluan perdagangan diamond di antara Liberia dengan negara bergolak Sierra Leone. Republik Congo telah dikenakan sekatan 2004 kerana walaupun tiada lombong diamond yang rasmi, negara ini mengeksport diamond yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan keganasan.


Afghanistan - terkenal dengan peridot yang berkualiti tinggi dilombong di kawasan pergunungan. Negara ini sering bergolak dengan perang saudara selain daripada perang dengan Amerika Syarikat. Pencerobohan Amerika di dalam usaha menghapuskan Taliban yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda menyebabkan negara ini berada dalam pergolakan serta kemunduran.


Inilah serba sedikit maklumat berkenaan dengan negara-negara pengeluar batu permata yang berkualiti di dunia buat kita semua renung dan fikir-fikirkan..




by Nusantara Heritage on Monday, May 24, 2010 at 8:11pm


Sunday 4 December 2011

esok 9 Muharram

Puasa ‘Asyura
Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, yaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut bisa menghapuskan dosa setahun yang lalu.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)
Bilakah Hari ‘Asyura Itu?
Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Demikianlah pendapat jumhur ulama dan yang nampak dari zahir hadits berdasarkan kemutlakan lafaznya dan yang sudah ma’ruf menurut ahli bahasa. (Disarikan dari al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi)
Ibnu Qudamah berkata, ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas, “Rasullah shallallaahu ‘alaihi wasallam memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” (HR. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadits tersebut hasan shahih)
Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabishallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.
Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu pernah menceritakan tentang puasa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam,
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Aku tidak penah melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Anjuran Jangan Puasa ‘Asyura Saja, Tapi Sertakan Satu Hari Sebelumnya
Disunnahkan juga berpuasa pada hari sebelumnya, yaitu tanggal Sembilan Muharram yang dikenal dengan hari Tasu’a.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,
“Ketika Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa padanya, mereka menyampaikan, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nashrani.’ Lalu beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Kalau begitu, pada tahun depan insya Allah kita berpuasa pada hari kesembilan’. Dan belum tiba tahun yang akan datang, namun Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam sudah wafat.” (HR. Muslim, no. 1916)
Berkata Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya, Ahmad, Ishaq dan selainnya, “Disunnahkan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh secara  keseluruhan, karena Nabishallallaahu ‘alaihi wasallam telah berpuasa pada hari ke sepuluh dan berniat puasa pada hari kesembilan.”
Apa Hikmah Berpuasa Pada Hari Tasu’a?
Imam al-Nawawi rahimahullaah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya shiyam hari Tasu’a: Pertama, maksud disyariatkan puasa Tasu’a untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.
Kedua, maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari ‘Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jum’at saja. Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.
Ketiga, untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa ‘Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.
Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, yaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadits. Seperti sabda beliau tentang puasa ‘Asyura,
لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ
Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.” (HR. Muslim)
Ibnu Hajar rahimahullaah dalam catatan beliau terhadap hadits, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan dibawa maknanya agar tidak membatasi pada hari itu saja. Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai bentuk kehati-hatian ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nashrani. Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebagian riwayat Muslim.”

Bolehkah Berpuasa Pada Hari ‘Asyura Saja?
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullaah dalam al-Fatawa al-Kubra Juz ke IV berkata, “Puasa hari ‘Asyura menjadi kafarah (penghapus) dosa selama satu tahun dan tidak dimakruhkan berpuasa pada hari itu saja.” Sedangkan Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj menyimpulkan bahwa tidak apa-apa berpuasa pada hari itu saja.

- Diambil dari muzir.wordpress.com

Wednesday 23 November 2011

Brontical Asthma!


Aku nak cerita tentang penyakit asma. Atau dalam bahasa mudahnya lelah.  Tapi jika dalam surat mc yg biasa doc tulis utk aku ….tidak dapat menjalankan tugas kerana ‘Brontical Asthma.  Terpanggil untuk aku berkongsi tentang asma ni kerana ada kenyataan yang menyatakan bahawa asma tiada ubat tetapi hanya boleh mencegah sahaja. Sejauh mana kebenarannya itu aku tidak pasti.
Asma atau lelah adalah immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, bronkus (Bronchial -berkaitan dengan tiub-tiub yang mencabang dari saluran udara dikerongkong) menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas.


Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing) dan  sesak nafas. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan, menyebabkan paru-paru berkurangan udara dan mengakibatkan pesakit boleh pengsan.


Mereka yang mempunyai masalah lelah atau asma senang dijangkiti kuman pada paru-paru.
 Apakah tanda-tanda Asma / lelah? 
  • Batuk  berterusan, nafas yang berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami itu adalah basah (wet cough) iaitu berkahak.
  • Batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam atau pagi.
  • Batuk berterusan yang bermula daripada batuk selsema biasa. Biasanya batuk selesema akan hilang dalam masa antara empat hingga enam hari tetapi mereka yang mengalami penyakit lelah akan terus batuk untuk jangka masa yang lebih lama.
  • Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti.
  • Batuk apabila suhu persekitaran yang sejuk seperti seperti di dalam bilik berhawa dingin. selepas meminum air sejuk atau makan ais krim. Batuk ini juga mungkin berlaku selepas memakan buah-buahan jeruk. 
  • Semput 

Emmm.. bila aku diserang asma mula aku terbayang kasihanya jika baby, kanak2 dan orang tua jika diserang asma..oh! amat menyeksakan! Bayangkan terasa nafas sangat pendek untuk bernafas, terasa lemas dan apatah lagi jika dalam masa yang sama hidung kita tersumbat kerana selesema atau resdung. Maklumat yang aku dapat dari seorang doc, seseorang pengidap asma pastinya mempunyai  resdung, tetapi pengidap resdung tidak semestinya mengidap asma. Faham tak maksudnya? Baca sekali lagi pasti anda akan faham!

Apa yang aku kenal pasti pengidap asma mudah diserang asma yang pertama adalah disebabkan Debu!! Oh..aku sangat2 alah pada debu! Pastinya  asma akan mudah ‘singgah’.

Dan punca2 lain seperti perubahan cuaca, terutamanya dari cuaca yang suhunya drastic skalanya, Panas kepada sejuk, sejuk kepada panas.  Dan lagi dengan asap! Ohh ini juga buat aku jadi rimas! Tak kiralah asap org membakar sampah, asap kenderaan danyang pastinya asap rokok. Asap puntung colok (bahasa terengganu), maksudnya mancis, pun aku sangat alah!
Faktor2 lain, akibat pemakanan, penggunaan kosmetik yang tidak sesuai bulu kucing atau binatang yang 'seangakatan' denganya dan juga aktiviti fizikal yang berat.


Apapun.. sakit itu adalah ujian Allah kepada hamba-Nya. Dan harus juga kita ingat semua penyakit itu ada ubatnya kecuali mati! Allah jua yang menyembuhkannya..’ 

Tuesday 22 November 2011

Layan lagu 'kena' dengan cuaca,,

Fuh!! masa untuk 'rehatkan' minda dan 'betul urat' pulok. emm..Hujan2 begini seronok juga layan lagu2 mcm ni, 'kena' pulak dengan cuaca..
 
sedap bunyi alunan gitarnya kan? mendayu2..terasa jiwa diseret sama dalam alunan irama ini..'Ketika cinta bertasbih! novel karangan Habiburrahman El Shirazy  memang best! seperti mana novel 'ayat2 cinta..'! .karangan beliau sangat bersahaja, tidak keterlaluan, tetapi memberi sentuhan hati yang sangat mendalam apabila digarapnya. no wonder lah  dia digelar Hamka Kecil!

Sunday 20 November 2011

musim tengkujuh datang lagi..

Hujan...musim bertukar ganti. Tiba giliran musim tengkujuh. ketika inilah aktiviti harian kita agak terbatas. bagi kaum ibu kain dijemur tak kering, bagi yang bekerja tak payahlah pakai kasut ke pejabat, aku syorkan pakai selipar getah je, lebih baik lagi pakai kasut bot! hehee, lagi pula banyak pilihan kasut bot sekarang yg aku lihat pelbagai warna dan design. Cantik! time mcm ni nak keluar pun jadi malas. 

Aku pulak bila musim tengkujuh tiba selalu terfikirkan nelayan. Bagaimana nasib nelayan dimusim tengkujuh begini..pastinya mereka tidak mampu untuk turun ke laut untuk meredah ombak di kala hujan turun mencurah2 dan berdepan dengan angin yang kencang..

Bisanya tika begini mereka akan mengambil peluang menyirat pukat yang carik dan membaiki bubu..itu lah yang dapat dilihat di perkampungan nelayan di Terengganu.

Nelayan dimusim Tengkujuh
 
Termangu mengenang nasib..
apa nak suap pada mulut-mulut..
yang mengharap..
...sedangkan hujan tiada henti..
ombak membadai tinggi...
Sambil duduk mencangkung...
fikiran melayang...
di manakah rezeki kan di cari..
sekadar untuk sesuap nasi.
hujan..hujan...
turun lagi..
ombak membadai tinggi...
membadai jua..
di dalam hati..


 





Thursday 17 November 2011

Lama doh nak tulis blog ni..

Alhamdulillah..akhirnya nampaklah rupa sikit blog aku lama sangat doh nak buat tp masa tak mengizinkan. pernah buat dulu, tapi sbb tak 'dang' lama tak bukak kemudian bila nak bukak balik dah lupa adress blog sendiri. hehehe.. apa pun insyaAllah untuk sekian kali ini akan aku cuba update ikut kelapangan masa. I create a blog just for my own view and interest. Sometime it just like my e-diary.