Wednesday 23 November 2011

Brontical Asthma!


Aku nak cerita tentang penyakit asma. Atau dalam bahasa mudahnya lelah.  Tapi jika dalam surat mc yg biasa doc tulis utk aku ….tidak dapat menjalankan tugas kerana ‘Brontical Asthma.  Terpanggil untuk aku berkongsi tentang asma ni kerana ada kenyataan yang menyatakan bahawa asma tiada ubat tetapi hanya boleh mencegah sahaja. Sejauh mana kebenarannya itu aku tidak pasti.
Asma atau lelah adalah immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ketika pesakit diserang asma, bronkus (Bronchial -berkaitan dengan tiub-tiub yang mencabang dari saluran udara dikerongkong) menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas.


Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing) dan  sesak nafas. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan, menyebabkan paru-paru berkurangan udara dan mengakibatkan pesakit boleh pengsan.


Mereka yang mempunyai masalah lelah atau asma senang dijangkiti kuman pada paru-paru.
 Apakah tanda-tanda Asma / lelah? 
  • Batuk  berterusan, nafas yang berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami itu adalah basah (wet cough) iaitu berkahak.
  • Batuk berterusan terutama lebih kerap pada waktu malam atau pagi.
  • Batuk berterusan yang bermula daripada batuk selsema biasa. Biasanya batuk selesema akan hilang dalam masa antara empat hingga enam hari tetapi mereka yang mengalami penyakit lelah akan terus batuk untuk jangka masa yang lebih lama.
  • Batuk selepas bermain atau menjalankan aktiviti.
  • Batuk apabila suhu persekitaran yang sejuk seperti seperti di dalam bilik berhawa dingin. selepas meminum air sejuk atau makan ais krim. Batuk ini juga mungkin berlaku selepas memakan buah-buahan jeruk. 
  • Semput 

Emmm.. bila aku diserang asma mula aku terbayang kasihanya jika baby, kanak2 dan orang tua jika diserang asma..oh! amat menyeksakan! Bayangkan terasa nafas sangat pendek untuk bernafas, terasa lemas dan apatah lagi jika dalam masa yang sama hidung kita tersumbat kerana selesema atau resdung. Maklumat yang aku dapat dari seorang doc, seseorang pengidap asma pastinya mempunyai  resdung, tetapi pengidap resdung tidak semestinya mengidap asma. Faham tak maksudnya? Baca sekali lagi pasti anda akan faham!

Apa yang aku kenal pasti pengidap asma mudah diserang asma yang pertama adalah disebabkan Debu!! Oh..aku sangat2 alah pada debu! Pastinya  asma akan mudah ‘singgah’.

Dan punca2 lain seperti perubahan cuaca, terutamanya dari cuaca yang suhunya drastic skalanya, Panas kepada sejuk, sejuk kepada panas.  Dan lagi dengan asap! Ohh ini juga buat aku jadi rimas! Tak kiralah asap org membakar sampah, asap kenderaan danyang pastinya asap rokok. Asap puntung colok (bahasa terengganu), maksudnya mancis, pun aku sangat alah!
Faktor2 lain, akibat pemakanan, penggunaan kosmetik yang tidak sesuai bulu kucing atau binatang yang 'seangakatan' denganya dan juga aktiviti fizikal yang berat.


Apapun.. sakit itu adalah ujian Allah kepada hamba-Nya. Dan harus juga kita ingat semua penyakit itu ada ubatnya kecuali mati! Allah jua yang menyembuhkannya..’ 

Tuesday 22 November 2011

Layan lagu 'kena' dengan cuaca,,

Fuh!! masa untuk 'rehatkan' minda dan 'betul urat' pulok. emm..Hujan2 begini seronok juga layan lagu2 mcm ni, 'kena' pulak dengan cuaca..
 
sedap bunyi alunan gitarnya kan? mendayu2..terasa jiwa diseret sama dalam alunan irama ini..'Ketika cinta bertasbih! novel karangan Habiburrahman El Shirazy  memang best! seperti mana novel 'ayat2 cinta..'! .karangan beliau sangat bersahaja, tidak keterlaluan, tetapi memberi sentuhan hati yang sangat mendalam apabila digarapnya. no wonder lah  dia digelar Hamka Kecil!

Sunday 20 November 2011

musim tengkujuh datang lagi..

Hujan...musim bertukar ganti. Tiba giliran musim tengkujuh. ketika inilah aktiviti harian kita agak terbatas. bagi kaum ibu kain dijemur tak kering, bagi yang bekerja tak payahlah pakai kasut ke pejabat, aku syorkan pakai selipar getah je, lebih baik lagi pakai kasut bot! hehee, lagi pula banyak pilihan kasut bot sekarang yg aku lihat pelbagai warna dan design. Cantik! time mcm ni nak keluar pun jadi malas. 

Aku pulak bila musim tengkujuh tiba selalu terfikirkan nelayan. Bagaimana nasib nelayan dimusim tengkujuh begini..pastinya mereka tidak mampu untuk turun ke laut untuk meredah ombak di kala hujan turun mencurah2 dan berdepan dengan angin yang kencang..

Bisanya tika begini mereka akan mengambil peluang menyirat pukat yang carik dan membaiki bubu..itu lah yang dapat dilihat di perkampungan nelayan di Terengganu.

Nelayan dimusim Tengkujuh
 
Termangu mengenang nasib..
apa nak suap pada mulut-mulut..
yang mengharap..
...sedangkan hujan tiada henti..
ombak membadai tinggi...
Sambil duduk mencangkung...
fikiran melayang...
di manakah rezeki kan di cari..
sekadar untuk sesuap nasi.
hujan..hujan...
turun lagi..
ombak membadai tinggi...
membadai jua..
di dalam hati..


 





Thursday 17 November 2011

Lama doh nak tulis blog ni..

Alhamdulillah..akhirnya nampaklah rupa sikit blog aku lama sangat doh nak buat tp masa tak mengizinkan. pernah buat dulu, tapi sbb tak 'dang' lama tak bukak kemudian bila nak bukak balik dah lupa adress blog sendiri. hehehe.. apa pun insyaAllah untuk sekian kali ini akan aku cuba update ikut kelapangan masa. I create a blog just for my own view and interest. Sometime it just like my e-diary.