Alhamdulillah.. selamat sampai ke tanah air pada 7hb Mei 2012 jam 1.00 tengahari. selama 15 hari, 14 malam pergi mengerjakan umrah. Satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup.. sangat manis dan Indahnya hidup menjadi tetamu Allah..
22/2/1012
10.00 pagi - Bertolak ke KLIA.
2.30 ptg, Di KLIA pertama kali diperkenalkan dengan mahram tumpangan. Alhamdulillah mereka menerima kami dengan baik. Aku dan makcik amat bersyukur.
3.00 ptg - Bersedia untuk terbang ke Bumi Mekah dengan pesawat Saudi Air. Terasa hati sangat sayu.. berapa kali air mata ini menitik, teringat abah yang tidak sihat..
12.30mlm (waktu malaysia) 8.30 malam waktu saudi - Pertama kali aku menjijakkan kaki di Bumi Madinah. Tiba di terminal, keadaan amat menakutkan aku. Orang lain sudah beratur panjang dengan keluarga masing2..tapi aku..mahram tumpangan kami belum kami nampak kelibatnya. Jika tiada, pasti aku dan makcik tidak lepas ke imigrasen. Aku mula resah ..intai2 diluar sana, di mana bayangnya mahram tumpangan kami.. ketika itu hati rasa sebak, sedih.. datang umrah tanpa mahram sendiri..seolah2 aku tiada bapa, makcik ku pula seperti tiada adik beradik lelaki.. dan yang pasti tanpa lelaki yang bergelar suami! Melihat polis dan pengawal keselamatan yang berbangsa arab dengan berpakaian uniform, pistol dan berbadan tegap belaka disini, aku rasa terlalu asing..seperti berada dibawah tahanan perang! Dalam hati berdoa moga tiada pekara yang tidak baik berlaku. Dan akhirnya... pakcik Abdul Rahman, isteri dan anaknya sampai. Alllhamdulillah, itulah perkataan pertama yang keluar dari mulutku apabila melihat mereka tiba..
Rupa2nya mereka tidak menaiki train seperti mana kami, kerana pakcik memerlukan wheelchair maka dia dibawa dengan kenderaan khas terus ke terminal. Pemeriksaan disini amat detail. 10jari discan, ambil gambar on time..Rupa2nya Saudi masih mengunakan cara manual untuk pemeriksaan. Bukankah ini membuang masa dan meletihkan para jemaah menunggu. Setelah selesai di Imegrasen, baru lah kami temui petugas Rayhar yang berjaket unggu. Ketika itu baru terasa lepas bernyawa.. kemudian, kami menaiki bas no1, membawa kami ke hotel Dallah Toyyibah, Madinah.
Terasa seperti didalam mimpi yang kini aku berada di kota madinah Al-munawarrah, kota yang penuh dengan cahaya.. cuaca malam diMadinah amat sejuk, sehingga mencecah 13'oc. Bibir terasa kering dan hampir pecah, sejuknya hampir sampai ke tulang putih. kami dihidangkan dengan makan malam dan kemudian mutawwif yang dikenali sebagai Ustaz Herman menyerahkan kunci bilik. ketika itulah kami mengenali roomate kami, Aunty Rokiah dan Dr.Zaini, dihadapan pintu lif perkenalan kami bermula..kemudian kami sama2 menuju ke Masjid Nabi untuk menunaikan solat isyak dan jamak takhir..
Dipintu masjid, kami diperiksa oleh pengawal keselamatan yang berjubah dan berpurdah serba hitam. Hanya dengan 2 biji mata berwarna Hazel yang kelihatan,. aku agak, jika hijab itu dibukak, pasti akan terserlah kecantikan wanita arab ini persis bintang filem atau model. hehehee..
Pertama kali mengangkat takbir di Masjid Nabi.. tetiba air mata mengalir.. sukar untuk diluahkan apa perasaan yang dirasai..
Hotel Dallah Toyyibah, Madinah dan permandangan disekitar hotel menuju ke masjid Nabi..

1 comment:
Tulisan yang baik, walaupun pendek. Continue to write.
Silalah jengah blog saya (orang Terengganu kita), http://panoramainternet.blogspot.com
Terima kasih.
Kamaruddin Hassan
Post a Comment