Wednesday 14 November 2012

Riwayat bidadari Syurga..the best idol for women....


Semasa gi lawatan industri kat hijjaz Record, tetiba jatuh hati pada buku ni.. bukan main diaorg punya PRO duk briefing ttg studio, aku duk ralik baca buku ni.. lps brief, aku tanya 'Buku ni ada jual tak??'..

            kenapa aku rasa nak baca dan baca dan baca?? sbb terlalu banyak yang aku tidak tahu tentang kisah hidup para serikandi islam di awal penyebaran agama suci ini..biasa yang pernah dan selalu sangat kita dengar ttg Khadijah r.a, isteri Rasullullah. tp dlm buku ni ramai Bidadari syurga yang aku belum tahu..ttg keistimewaanya, pengorbananya, kehebatannya!! oh aku amat kagum! diantara adalah Na'ilah binti Al-farafishah, - iaitu isteri Khalifah Uthman bin Affan.

oh! kasih sayang seorang isteri yang berjuang menyelamatkan suaminya dari di bunuh..beliau menahan pedang sehingga jari-jemarinya terputus!  



              Siapa Rumaisa?
nama penuhnya adalah Ummi Sulaim binti Malhan, terkenal dengan ketegasannya dan kuat berhujjah.

Dalam banyak peristiwa yg berlaku padanya, ada SATU peristiwa yg tidak dpt dilupakan sesiapa jua yg mendengarnya. di mana salah seorg anaknya bersama Abu Talhah meninggal dunia ketika Abu Talhah diluar kota. Lalu Ummi Sulaim memandikan dan uruskan jenazah anaknya itu, kemudian dibaringkan anaknya diatas katil seakan2 dia sedang tidur..

              A/bila Abu Talhah pulang ke rumah pd malam itu, Ummi Sulaim menyambutnya dengan penuh mesra, kemudian Abu Talhah bertanyakan khabar anaknya. Ummi Sulaim menjawap anaknya berada dalam keadaan yg amat 'aman dan tenteram' berbanding sebelumnya. mendengar begitu Abu Talhah gembira krn menyangka anaknya sudah sembuh dari penyakit.

Ummi Sulaim menghiasi dirinya kelihatan cantik dan menarik, setelah mkn bersama mereka duduk bersama berehat sambil bergurau senda. diketika itulah Ummi Sulaim bertanya kpd Abu Talhah, 'Apa pandanganmu jika ada meminjamkan sesuatu daripada jiran kita, haruskah kita pulangkan kembali?

             Abu Talhah menjawap -'Sudah tentu setiap barang yang dipinjam harus dikembalikan kepada tuannya.'

Ummi Sulaim berkata 'Begitu juga anak kita wahai Abu Talhah, 'dia' milik Allah yang telah dipinjamkan kepada kita, dan sekarang ini Allah telah mengambilnya kembali..'

Itulah Rumaisa ataupun Ummi Sulaim! Hebat bukan?? Benar dia seorang wanita yang bijak berhujjah dan cerdik. Secara peribadi aku anngap dia wanita yg pandai Psikologi.. kalau mcm ni tentu pandai didik anak dan pandai pujuk suami! hehehehee.. aku Suka!! aku kagum!!








No comments: