Donut sangat mudah nak buat
Apatahlagi bila pertama kali cuba donat gebu 'menjadi'!
Terus berangan nak jual donut, sebab modalnya kecil
Tapi bila buat dengan adunan yang banyak, rasa tak larat nak uli,nak cotek :-)
So.. jangan pertikaikan harga kuih jika makan di kedai,
..kerana belum tentu kita mampu buat .
Feel berbeza, buat kerana hobi dan buat kerana mencari rezeki..
Hehehe, yang kecil cute tu lebihan dari isi lubang donut tu |
Bagi jiran dan adik beradik |
Donat gebu bila siap di goreng |
Tabur gula kastor |
Pastikan api slow dan selalu balik2 donut sampai kekuningan boleh angkat.. Donat sangat tak cantik jika hangus. |
Bahan-bahan :
Item A
1 paket maurifan
1/4 cawan air suam
1 sudu besar gula
(Semua bahan ini di kacau dalam satu bekas, kemudian tutup biarkan +- 1 jam hingga berbuih)
Item B
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
5 sudu besar gula
2 susu besar margerin
1 biji telur ayam gred A
1/2 cawan air ( ikut keperluan asalkan doh tidak melekat ditangan)
Secubit garam
Cara-cara
1) Gaul tepung + susu tepung + gula + garam
3) Masukkan telur + margerin + Item A (Gaul sampai rata)
4) Masukkan air dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (jaga kuantiti air)
5) Tutup bekas biar selama 1 jam. Kemudian uli / tumbuk lagi untuk buang angin.
6) Biar dan tutup selama 15 minit lagi
7) Bentukkan donat bulat2, tekap dengan tudung botol mineral kecil untuk buat lubang
8) Biarkan selama 10 minit lagi bila siap donut ditekap agar ia mengembang lagi.
9) Goreng dengan api kecil. Jangan sampai hangus
10) Tabur gula halus bila donat dah suam2.
Peringatan : Jangan tabur gula sebaik donat masak dari kuali, kerana gula akan jadi keras melekat pada donat yang masih panas. Tak comel donat tu nanti.
Selamat mencuba dengan senyuman dan hati yang tenang