Thursday 18 February 2016

Apam susu gebu gebas


Ada yang panggil Apam Susu,
Tapi kata ibu ini kek belang moden! :-)
walau apa pun namanya..yang penting hasilnya gebu gebas

Boleh bagi jiran dan adik beradik


Terkesima, first time buat hasilnya gebu gebas


Ikut kreativiti masing-masing, ini je idea yang muncul td

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecik baking power
2 sudu besar susu tepung
4 biji telur gread A
1 cawan gula
1 sudu besar esen vanila
6 sudu besar susu pekat
1 sudu besar ovelet
6 sudu besar minyak jagung 

Cara : 
* Peringatan : Panaskan dulu periuk pengukus dengan api sederhana.

  (Item A)
  Satukan tepung + baking power + susu tepung

  (Item B)
1- Kepuk / mixer telur (hingga kembang) + esen vanila + gula + susu pekat + ovelet +  
   minyak jagung.
  (masukkan bahan ikut turutan)
2- Masukkan Item A sedikit demi sedikit
3- Masukkan dalam loyang berselang seli warna 
4- Kukus selama 1 jam dengan api sederhana


Selamat mencuba dengan senyuman dan hati yang tenang.

 

No comments: