Saturday 14 May 2016

Pisang Siam Bogel


Mok kata makan peseng lama..
arwah ayoh mok (tok ki) saya lah.. suka makan gini..
Jom layan!!

Cubalah! senang sangat 
 
Bahan-bahan:
Pisang Siam (mok kata pisang siam je sedap wak gini)
minyak
gula

Cara-cara:
Koyak kulit pisang. 
Isi pisang belah dua.
goreng terus dlm minyak panas
toskan pisang yang telah dimasak
bila sejuk tabur gula
Sedia utk dimakan.

Tauhu Jawa


Terliur tengok resepi tempe + tauhhu ala jawa.
Jom Try!

seyess sedap!

Bahan-bahan:
Ikan bilis
Kacang panjang (potong pendek)
Tauhu, tempe (dadu)
Cili merah, hijau, bawang besar, halia, bawang putih (hiris halus)
Yougart 1 cup kecil

2 sudu besar susu pekat manis
Kicap
Garam, perasa

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Goreng semua tauhu, tempe, ikan bilis hingga kekuningan & toskan minyak.
Goreng bawang & halia hingga garing.
Masukkan yourgart yang telah dicampur susu.
Tutup api, masukkan cili hiris.


 

Olio Aglio


Lamanya saya tak update blog resepi ..
masak juga lebih kurang tapi tak sempat nk update.

Oh ya baru ni buat Olio Aglio..dan 2x buat dah tapi ni baru berkesempatan tulis.
Saya memang suka makan olio aglio..ingatkan susah nk buat,
rupanya sangat mudah! 


Masak sendiri lagi puas hati tau! kdg makan kat kedai tak lah sedap sangat.
kadang tak kena selera la..
tak perlu cari kedai ala2 western pun nak mkn Olio..kdg terlajak mahal tau!
kadang kedai biasaa yg harga rm 8 sepinggan pun lagi sedap dari kedai 5star!


ermmmm.. try lah tak rugi!

campak je bahan dalam kuali

tumis! jgn tak tumis!

masa ni pun dah curi2 hirup kuahnya..
ni la bahannya.. yang penting Oregano tu baru lah ada rasa Italiano aroma!


Bahan-bahanya:
Spagetti (separuh)
3 ekor sotong
1/2 kilo udang (udang banyak sedap)
5 biji bawang putih  (cincang)
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
2 biji tomato (potong dadu)
1 batang cili (cincang)

3sb Minyak zaitun
1sb Gula perang (gula biasa pun boleh)
 2sb minyak
Kiub pati ayam 1
Chilli Flakes
Black pepper
Oregano

Chilli Flakes
Daun bawang 
Minyak Zaitun


Cara Penyediaan
1) Rebus spagetti sampai lembut, jangan lama sangat tau!
bubuh minyak zaitun sikit semasa
merebus tu.. dah masak toskan..
bubuh lagi sikit minyak zaitun.


2) Masak dulu sotong dan udang dengan air 1/2
cawan campur kiub pati ayam
pastu angkat.. letak tepi dulu.


3) Panaskan kuali bubuh minyak biasa je
tumis bawang putih dan lada hitam, tomato

pastu masukkan air rebusan udang dan sotong tadi.
Lepas reneh, masukkan sotongdan udang.

4) Masukkan spageti +  gula. 
6) Akhir sekali masukkan oregano kemudain goreng sampai kering.
7) Tutup api , taburkan daun bawang dan lada potong @ chilli flakes