Monday 19 November 2012

Kenapa perlu habiskan Antibiotik?


Ha..selalunya doc akan mengarahkan kita habiskan antibiotik kepada kita selama 5 atau 10hari sehingga habis, w/pun kita rasa keadaan tubuh kita sudah pulih seperti biasa setelah mengambil antibiotik tersebut baru je hari ke tiga?? kan?

Nak tahu sebabnya?

         Ok, meh nak citer! sebenarnya pada hari ke tiga, hanya sebahagian besar sel2 bakteria yang sangat sensitif terhadap antibiotik tersebut sahaja yang akan dimusnahkan. JADI, jika pengambilan antibiotik dihentikan, sel-sel bakteria yang MASIH HIDUP  akan membentuk mutasi dan membentuk kod-kod genetik yang rentan terhadap antibiotik tersebut. (aku pun dok faham apa maksud rentan tu, tp logiknya pada aku..apa/bila sel2 bakteria itu menggandakan bilangannya, maka membolehkan sel bakteria yg baru ini dapat mengelakkan daripada tindakan antibiotik itu) 

 Oleh itu kawan-kawan ..(mcm rancangan adikku pulak! hahaha)   a/bila kita mengalami jangkitan oleh bakteria yang sama, dan doc bekalkan kita antibiotik yang sama seperti sebelum ini, maka kita akan mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih, dan terdapat kemungkinan yang antibiotik tersebu TIDAK LAGI BERKESAN! maka, kita terpaksalah mendapat antibiotik jenis lain yang lebih kuat untuk membunuh bakteria yang telah membina kerintangan (sel-sel bakteria baru) tersebut.

            Faham dok setakat ni? Faham lah kan..rasa jelas doh penjelasan ni. hehehe.. tp kalau nak tahu detail kena tanya doc lah. maklumat ini aku dapat dari buletin (universiti malaysia terengganu) UMT.

Oh ya satu lagi fakta penting, antibiotik dikumuh keluar melalui tubuh kita melalui saluran pembuangan air kencing dan najis. Dan waktu pengeluaran sepenuhnya mengambil masa antara 2 hingga 3 minggu.. oh maknanya lepas habis kita mkn antibiotik, dlm seminggu 2 antibiotik masih kekal dlm badan pastu baru tubek (keluar)! hehehe.. 

moral of the story nok kabo, HABISKAN antibiotik yg di bekalkan doc pd kita ya!


Wednesday 14 November 2012

Riwayat bidadari Syurga..the best idol for women....


Semasa gi lawatan industri kat hijjaz Record, tetiba jatuh hati pada buku ni.. bukan main diaorg punya PRO duk briefing ttg studio, aku duk ralik baca buku ni.. lps brief, aku tanya 'Buku ni ada jual tak??'..

            kenapa aku rasa nak baca dan baca dan baca?? sbb terlalu banyak yang aku tidak tahu tentang kisah hidup para serikandi islam di awal penyebaran agama suci ini..biasa yang pernah dan selalu sangat kita dengar ttg Khadijah r.a, isteri Rasullullah. tp dlm buku ni ramai Bidadari syurga yang aku belum tahu..ttg keistimewaanya, pengorbananya, kehebatannya!! oh aku amat kagum! diantara adalah Na'ilah binti Al-farafishah, - iaitu isteri Khalifah Uthman bin Affan.

oh! kasih sayang seorang isteri yang berjuang menyelamatkan suaminya dari di bunuh..beliau menahan pedang sehingga jari-jemarinya terputus!  



              Siapa Rumaisa?
nama penuhnya adalah Ummi Sulaim binti Malhan, terkenal dengan ketegasannya dan kuat berhujjah.

Dalam banyak peristiwa yg berlaku padanya, ada SATU peristiwa yg tidak dpt dilupakan sesiapa jua yg mendengarnya. di mana salah seorg anaknya bersama Abu Talhah meninggal dunia ketika Abu Talhah diluar kota. Lalu Ummi Sulaim memandikan dan uruskan jenazah anaknya itu, kemudian dibaringkan anaknya diatas katil seakan2 dia sedang tidur..

              A/bila Abu Talhah pulang ke rumah pd malam itu, Ummi Sulaim menyambutnya dengan penuh mesra, kemudian Abu Talhah bertanyakan khabar anaknya. Ummi Sulaim menjawap anaknya berada dalam keadaan yg amat 'aman dan tenteram' berbanding sebelumnya. mendengar begitu Abu Talhah gembira krn menyangka anaknya sudah sembuh dari penyakit.

Ummi Sulaim menghiasi dirinya kelihatan cantik dan menarik, setelah mkn bersama mereka duduk bersama berehat sambil bergurau senda. diketika itulah Ummi Sulaim bertanya kpd Abu Talhah, 'Apa pandanganmu jika ada meminjamkan sesuatu daripada jiran kita, haruskah kita pulangkan kembali?

             Abu Talhah menjawap -'Sudah tentu setiap barang yang dipinjam harus dikembalikan kepada tuannya.'

Ummi Sulaim berkata 'Begitu juga anak kita wahai Abu Talhah, 'dia' milik Allah yang telah dipinjamkan kepada kita, dan sekarang ini Allah telah mengambilnya kembali..'

Itulah Rumaisa ataupun Ummi Sulaim! Hebat bukan?? Benar dia seorang wanita yang bijak berhujjah dan cerdik. Secara peribadi aku anngap dia wanita yg pandai Psikologi.. kalau mcm ni tentu pandai didik anak dan pandai pujuk suami! hehehehee.. aku Suka!! aku kagum!!








Thursday 30 August 2012

Nilai Hidup..


Segulung ijazah dari menara gading tertinggi sekalipun, tak bererti kemanusiaan telah dimiliki.
Budi pekerti, timbang-rasa dan akhlak terpuji, bermula dari rumah, dari orang tua, dari didikan, dari kita. Maka sematkan dalam diri, untuk menjadi orang yang baik, anak yang baik, abang/kakak yang baik, suami/isteri yang baik, ibubapa yang baik, dan jadilah diri yang sebenar diri....

Wednesday 29 August 2012

Saturday 10 March 2012

Indahnya Hidup menjadi tetamu Allah..


Alhamdulillah.. selamat sampai ke tanah air pada 7hb Mei 2012 jam 1.00 tengahari. selama 15 hari, 14 malam pergi mengerjakan umrah. Satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup.. sangat manis dan Indahnya hidup menjadi tetamu Allah..

22/2/1012
10.00 pagi -  Bertolak ke KLIA.
 2.30 ptg, Di KLIA pertama kali diperkenalkan dengan mahram tumpangan. Alhamdulillah mereka menerima kami dengan baik. Aku dan makcik amat bersyukur.
3.00 ptg - Bersedia untuk terbang ke Bumi Mekah dengan pesawat Saudi Air. Terasa hati sangat sayu.. berapa kali air mata ini menitik, teringat abah yang tidak sihat..
12.30mlm (waktu malaysia) 8.30 malam waktu saudi - Pertama kali aku menjijakkan kaki di Bumi Madinah. Tiba di terminal, keadaan amat menakutkan aku. Orang lain sudah beratur panjang dengan keluarga masing2..tapi aku..mahram tumpangan kami belum kami nampak kelibatnya. Jika tiada, pasti aku dan makcik tidak lepas ke imigrasen. Aku mula resah ..intai2 diluar sana, di mana bayangnya mahram tumpangan kami.. ketika itu hati rasa sebak, sedih.. datang umrah tanpa mahram sendiri..seolah2 aku tiada bapa, makcik ku pula seperti tiada adik beradik lelaki.. dan yang pasti tanpa lelaki yang bergelar suami! Melihat polis dan pengawal keselamatan yang berbangsa arab dengan berpakaian uniform, pistol dan berbadan tegap belaka disini, aku rasa terlalu asing..seperti berada dibawah tahanan perang! Dalam hati berdoa moga tiada pekara yang tidak baik berlaku. Dan akhirnya... pakcik Abdul Rahman, isteri dan anaknya sampai. Alllhamdulillah, itulah perkataan pertama yang keluar dari mulutku apabila melihat mereka tiba..
      Rupa2nya mereka tidak menaiki train seperti mana kami, kerana pakcik memerlukan wheelchair maka dia dibawa dengan kenderaan khas terus ke terminal. Pemeriksaan disini amat detail. 10jari discan, ambil gambar on time..Rupa2nya Saudi masih mengunakan cara manual untuk pemeriksaan. Bukankah ini membuang masa dan meletihkan para jemaah menunggu. Setelah selesai di Imegrasen, baru lah kami temui petugas Rayhar yang berjaket unggu. Ketika itu baru terasa lepas bernyawa.. kemudian, kami menaiki bas no1, membawa kami ke hotel Dallah Toyyibah, Madinah.
    Terasa seperti didalam mimpi yang kini aku berada di kota madinah Al-munawarrah, kota yang penuh dengan cahaya.. cuaca malam diMadinah amat sejuk, sehingga mencecah 13'oc. Bibir terasa kering dan hampir pecah, sejuknya hampir sampai ke tulang putih. kami dihidangkan dengan makan malam dan kemudian mutawwif  yang dikenali sebagai Ustaz Herman menyerahkan kunci bilik. ketika itulah kami mengenali roomate kami, Aunty Rokiah dan Dr.Zaini, dihadapan pintu lif perkenalan kami bermula..kemudian kami sama2 menuju ke Masjid Nabi untuk menunaikan solat isyak dan jamak takhir..
      Dipintu masjid, kami diperiksa oleh pengawal keselamatan yang berjubah dan berpurdah serba hitam. Hanya dengan 2 biji mata berwarna Hazel yang kelihatan,. aku agak, jika hijab itu dibukak, pasti akan terserlah kecantikan wanita arab ini persis bintang filem atau model. hehehee..
      Pertama kali mengangkat takbir di Masjid Nabi.. tetiba air mata mengalir.. sukar untuk  diluahkan apa perasaan yang dirasai.. 




Hotel Dallah Toyyibah, Madinah dan permandangan disekitar hotel menuju ke masjid Nabi..












 


 

Wednesday 8 February 2012

Rahsia & Keajaiban Solat sunat Istikharah

Ya Rasulullah.. Salam Maulidur Rasul

Sudah 4 hari berlalunya sambutan Maulidurrasul..apa itu Maulidurasul, apa yang perlu kita tahu disebaliknya?? Ya sebagai umat Islam kita perlu mengambil cakna tentang sirah nabi.. aku sendiri pun banyak yang ketinggalan, dan banyak lagi yang tidak aku ketahui..
   Benar.. membaca sirah tentang nabi memberi banyak kesedaran pada kita sebagai umat akhir zaman..Sehingga aku terfikir, sekiranya aku hidup dizaman para sahabat, sebagai seorang perempuan adakah aku mampu untuk melalui segala cabaran dalam menegakkan agama.. mampukan aku?? pengorbanan perasaan, jiwa, harta dan nyawa!! Subhanallah.. Hebatnya insan yang pernah hidup dizaman perjuangan Rasulullah..
  Tetapi yang paling menyentuh perasaan apabila membaca kisah saat2 kewafatan Rasullullah.. terutamanya  dialong diantara Rasulullah dan Jibril - 'Ya Allah, Dahsyatnya nian maut ini, timpakan segala siksa maut ini padaku..JANGAN pada ummatku!!'... Subhanallah.. sesungguhnya Ya Rasulullah, Dia insan yang sangat Mulia..
Selawat dan salam kepada Kekasih Allah..



Gemersik sungguh lagu Ya Rasulullah dendangan Siti Nurhaliza ini..

Friday 13 January 2012

kursus umrah..besok..

     Besok 14 Januari 2012, buat pertama kalinya dalam hidup aku akan mengikuti kursus umrah! dan pertama kali akan menjejakkan kaki ke bumi para anbiya.. insyaAllah. semoga Allah memeberkati niatku ini, dan mempermudahkan segala urusanku disini dan jua disana.. terasa tak sabar untuk menatap kaabah yg menjadi kiblat semua ummat islam diseluruh pelusuk dunia, mengunjungi Raudhah, solat di masjid nabawi dan memberi salam kepada Kekasih Allah, nabi junjungan kita yang kita akan berkehendak padanya untuk mendapat syafaat di akhirat nanti.. Tiba2 hati terasa sayu...

Tahun Baru 2012..


Sedar tak sedar tahun baru 2012 sudah pun masuk hari ke 13. Bertambah satu tangga lagi umur.. bila pandang wajah ibu dan abah, terdetik di dalam hati, 'emm..tua doh mok dan ayah aku.., maka bermakna aku juga semakin dewasa, dan bakal menjejaki episod hidup seperti mana mereka..' bila dikenang kembali, alangkah  indahnya  zaman kanak2 dulu.. mak dan abah pun masih muda ketika itu..bekerja keras membesarkan kami adik beradik yang hampir sebaya ketika itu.. ya mak dan abah banyak berkorban untuk kami! untuk aku! Berusaha agar kami adik beradik bila besar boleh jadi 'Orang'! punya masa depan yang baik, walaupun tidak mewah, cukuplah kami boleh berdikari di kaki sendiri.. 'Semoga Allah memberkati kedua ibu bapaku, kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami adik beradik sewaktu kami kecil dulu...' amin..