Wednesday 23 March 2016

omelette saya

Simple je omelette saya..
Tp Wow!!
yummmmmmmmmmm

Roti sarang lebah saya

Tengok kat kedai mak oiii mahalnya roti sarang lebah ni!
Bukan kedekut duit nak beli, tapi.. sebab saya kategori suka mencuba..
suka juga lah sikit2 memasak, so apa salah i try to do myself! 
by the way, the best  'roti sarang lebah'  for beginners! 
auwww..

cotek letak dalam bekas tu, biarkan  5 minit

after 5 minit, tabur badam atas

Siap!

seriusly sedap!



Sukun goreng harum dan lemak manis


Pernah makan sukun goreng?
Seriusly sedap! Saya biasa makan masa kecil2 dulu.
Bila dah dewasa ni tengok buah sukun mesti selalu nak goreng, 
sebab sedap dan baunya harum!
Lemak2 manis, lembut.. bila gigit macam isi ayam.
Cubalah!
                   
Ermmmm, sedap lemak dan lembut!

Ni lah buah sukun! kenal?

alaaa.. mcm buat pisang goreng je..




Cara-cara:

Tengok belakang kulit tepung goreng Adabi :-)

Apple Pie - Resepi McDonal


Tak cukup makan apple pie McD, balik buat sendiri.
Tak tahu semudah ini rupanya!
Lepas ni boleh buat sokmo! hehehe
Bahan2nya pun mudah, basic yang ada di rumah, kecuali pastri je beli market.
Jom! Here we go!

kata kawan2 apple pai saya lebih sedap dari McD!

Saya guna pastri jenama kawan, ada yang besar dan kecil

Apple merah dan hijau saya campur

Siap dimasak

Pastri besar, sila potong 4

Tekan dengan garfu, cantikan?

Boleh simpan dalam peti ais! goreng bila perlu, tetamu datang ke?



Bahan-bahan : 
2  biji apple merah
2  biji apple hijau
1/2  biji lemon (air perahan)2 sudu butter
2  sudu gula perang
2  sudu gula putih (biasa)
1/2  sudu kecil cinammon (serbuk kayu manis)
 
Cara-cara:  
 1) Potong dadu apple + butter + perahan lemon  
 2) Panaskan atas api sederhana dan tutup periuk dlm 2 minit sambil tu kacau juga 
 3) Bila dah berair, apple sudah kelihatan empuk + gula perang dan putih + cinammon
 4) Kacau sebati
5) dalam 2 minit lagi, boleh tutup api.
* Jangan sesekali tambah air!
 Lipat dengan menggunakan pastri seperti diatas. 

Senangkan? sangat cepat dan mudah.



Saturday 5 March 2016

Banana bread healthy

Banana bread healthy!!
Wow tajuk orang putis hari ni resepi saya. Hehehe
Just nak share.. breakfast saya for today, very healthy dan good food.
Alaaa..skali skali tukar menu kan? Apa salahnya.

Berselera kan? Yang pasti sangat sedap!

Bahan-bahan :
2 keping Roti (tak kira jenama apa pun)
2 biji pisang
1 sudu besar madu kelulut (Ikut suka madu apa pun)
sedikit butter

Cara-cara:
1) Sapu butter + hiris pisang atas roti + tabur madu
2) Kawinkan dua keping roti tu.
3) Sedia untuk di makan. - Jika bakar dalam pemanggang ajaib pun boleh juga sekejap. 
 

Senangkan? Selamat Mencuba !



Samosa sedap bangat!

Samosa Sedap Bangat!

Ini dia samosa sedap bangat saya! cubalah!

Bahan-bahan:
1 paket kulit popia segera (1 keping kulit bahagi 3)
1 mangkuk ayam (potong halus)
1 batang lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang hollan (potong dadu)
3 biji bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar serbuk kari ayam adabi (guna jenama lain pun tak apa)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan air
Sedikit daun bawang @ serbuk Oregano (tak ada pun tak apa)

Cara-cara:
1) Tumis bawang hollad +  bawang putih sampai naik bau. (jangan sampai garing tau)
2) Masukkan serbuk kari + air (sampai pecah minyak)
3) Masukkan ayam + garam + gula (tutup 3 minit) , api sederhana
4) Masukkan lobak merah (tutup 2 minit), kecilkan api
5) Masukkan daun sup @ serbuk oregano (tutup) , tutup api -biarkan selama 5 minit agar ia 
    sebati. Baru lah angkat.

Cara menggulung popia boleh belajar disini:
Oh ya, sediakan semangkuk kecil air untuk buat gam pada kulit popia.
Goreng dengan api kecil tau, kekuningan terus angkat. Popia ni jika hangus tak cantik


Ini la bahannya...
               
Goreng biar sampai jadi macam ni ya !


Inti siap! Biar sejuk baru gulung ya. Gi lah solat dulu :-)
                        
Lipat biar jadi macam ni. saya dapat cukup2 50 biji.
                    
Jangan lupa sedikit air untuk lekatkan kulit popia





Yang ni boleh bagi jiran , heheheh


Selamat mencuba dengan senyuman yang manis