Wednesday 23 March 2016

Apple Pie - Resepi McDonal


Tak cukup makan apple pie McD, balik buat sendiri.
Tak tahu semudah ini rupanya!
Lepas ni boleh buat sokmo! hehehe
Bahan2nya pun mudah, basic yang ada di rumah, kecuali pastri je beli market.
Jom! Here we go!

kata kawan2 apple pai saya lebih sedap dari McD!

Saya guna pastri jenama kawan, ada yang besar dan kecil

Apple merah dan hijau saya campur

Siap dimasak

Pastri besar, sila potong 4

Tekan dengan garfu, cantikan?

Boleh simpan dalam peti ais! goreng bila perlu, tetamu datang ke?



Bahan-bahan : 
2  biji apple merah
2  biji apple hijau
1/2  biji lemon (air perahan)2 sudu butter
2  sudu gula perang
2  sudu gula putih (biasa)
1/2  sudu kecil cinammon (serbuk kayu manis)
 
Cara-cara:  
 1) Potong dadu apple + butter + perahan lemon  
 2) Panaskan atas api sederhana dan tutup periuk dlm 2 minit sambil tu kacau juga 
 3) Bila dah berair, apple sudah kelihatan empuk + gula perang dan putih + cinammon
 4) Kacau sebati
5) dalam 2 minit lagi, boleh tutup api.
* Jangan sesekali tambah air!
 Lipat dengan menggunakan pastri seperti diatas. 

Senangkan? sangat cepat dan mudah.



No comments: