Saturday 14 May 2016

Pisang Siam Bogel


Mok kata makan peseng lama..
arwah ayoh mok (tok ki) saya lah.. suka makan gini..
Jom layan!!

Cubalah! senang sangat 
 
Bahan-bahan:
Pisang Siam (mok kata pisang siam je sedap wak gini)
minyak
gula

Cara-cara:
Koyak kulit pisang. 
Isi pisang belah dua.
goreng terus dlm minyak panas
toskan pisang yang telah dimasak
bila sejuk tabur gula
Sedia utk dimakan.

Tauhu Jawa


Terliur tengok resepi tempe + tauhhu ala jawa.
Jom Try!

seyess sedap!

Bahan-bahan:
Ikan bilis
Kacang panjang (potong pendek)
Tauhu, tempe (dadu)
Cili merah, hijau, bawang besar, halia, bawang putih (hiris halus)
Yougart 1 cup kecil

2 sudu besar susu pekat manis
Kicap
Garam, perasa

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Goreng semua tauhu, tempe, ikan bilis hingga kekuningan & toskan minyak.
Goreng bawang & halia hingga garing.
Masukkan yourgart yang telah dicampur susu.
Tutup api, masukkan cili hiris.


 

Olio Aglio


Lamanya saya tak update blog resepi ..
masak juga lebih kurang tapi tak sempat nk update.

Oh ya baru ni buat Olio Aglio..dan 2x buat dah tapi ni baru berkesempatan tulis.
Saya memang suka makan olio aglio..ingatkan susah nk buat,
rupanya sangat mudah! 


Masak sendiri lagi puas hati tau! kdg makan kat kedai tak lah sedap sangat.
kadang tak kena selera la..
tak perlu cari kedai ala2 western pun nak mkn Olio..kdg terlajak mahal tau!
kadang kedai biasaa yg harga rm 8 sepinggan pun lagi sedap dari kedai 5star!


ermmmm.. try lah tak rugi!

campak je bahan dalam kuali

tumis! jgn tak tumis!

masa ni pun dah curi2 hirup kuahnya..
ni la bahannya.. yang penting Oregano tu baru lah ada rasa Italiano aroma!


Bahan-bahanya:
Spagetti (separuh)
3 ekor sotong
1/2 kilo udang (udang banyak sedap)
5 biji bawang putih  (cincang)
1 sudu lada hitam (ditumbuk)
2 biji tomato (potong dadu)
1 batang cili (cincang)

3sb Minyak zaitun
1sb Gula perang (gula biasa pun boleh)
 2sb minyak
Kiub pati ayam 1
Chilli Flakes
Black pepper
Oregano

Chilli Flakes
Daun bawang 
Minyak Zaitun


Cara Penyediaan
1) Rebus spagetti sampai lembut, jangan lama sangat tau!
bubuh minyak zaitun sikit semasa
merebus tu.. dah masak toskan..
bubuh lagi sikit minyak zaitun.


2) Masak dulu sotong dan udang dengan air 1/2
cawan campur kiub pati ayam
pastu angkat.. letak tepi dulu.


3) Panaskan kuali bubuh minyak biasa je
tumis bawang putih dan lada hitam, tomato

pastu masukkan air rebusan udang dan sotong tadi.
Lepas reneh, masukkan sotongdan udang.

4) Masukkan spageti +  gula. 
6) Akhir sekali masukkan oregano kemudain goreng sampai kering.
7) Tutup api , taburkan daun bawang dan lada potong @ chilli flakes







Saturday 16 April 2016

Sup Bawang Putih

Selama ni kita  makan sup di hotel atau kedai2 francais, rasa juga nak cuba buat sendiri!
Bila jumpa je resepi yang nampak mudah ni, tak lengan masa terus cari bahan.
Hasilnya, WoW!!

                    Serius sedap tau! tak sia2 buat!

cicah roti bakar! yum yumm

Ini je bahan dia.. alahai comelnye piringku. hahaha
 
kena pekat sikit, baru nampak mcm sup2 kat hotel..kah kah kah
Bahan-bahannya

A. Bahan untuk blend halus
Bawang putih, 1 labu besar
Halia, besar ibu jari
Bawang besar, 1/2 labu



B. Bahan dalam sup (boleh letak apa sayur yang kita nak pun)
1 biji kentang, potong dadu
1 biji carrots, potong dadu
1 biji kecil Broccoli
1/2 labu bawang besar dimayang

Sekeping dada ayam, potong dadu
1 kotak Susu segar 

1/2 cawan tepung
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk
 Minyak masak
 

 Cara-cara:
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan A yang dah di blend + lada hitam sampai wangi
3. Masukkan dada ayam dan tumis separuh masak
4. Masukkan susu/cream dan kacau sebati. Biar beberapa minit untuk pekatkan
5. Masukkan tepung dan kacau
6. Tambahkan sikit air untuk cairkan (tapi jangan cair sangat)
7. Masukkan sayur dan kacau sebati
8. Tabur bawang mayang dan boleh tambahkan Oregano kalau nak.
9. Kecikkan api, tutup periuk, dan biar reneh untuk 20-30 minit (jangan lupa kacau sekali sekala sebab nanti tepung berkerak kat bawah periuk) 





Nasi Daging - yum yum


First time tengok resepi daging di FB terilur meleleh air liur..
Tekad dalam hati - Nak buat juga!!
And..finally..
This is my first nasi daging i try to make it! 
Bolehlaaaaaa :-)
Tak la susah sangat nak buat.

           Pada saya sedap, simple dan mudah!
           Boleh buat hidangan dihari raya sebab tak perlu banyak lauk. Hehehe 

Ini dia bahan-bahannya

Tumis!

Masak sekejap beras dalam kuali
Masukkan dalam rice cooker

Masukkan daging yang telah di tos direbus
Masukkan air daging

Masak macam masak nasi biasa

siap! ready to eat

Lawan masak merah ayam

Bahan-bahannya :
4 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
 

1/2 ibu jari halia
1 sudu rempah kurma

1/2 kilo Daging direbus sehingga empuk
Rempah 4 sekawan
Minyak sapi

Cara-cara:
1) Rendam beras bersama daun pandan
2) Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 
    kurma dengan minyak sapi.
3) Setelah sebati, tambah secawan air rebusan daging ikut keperluan beras.
4) Masukkan garam dan perasa
5) Lepas mendidih masukkan beras yang di rendam bersama daun pandan td ( Toskan)
6) Masukkan ke dalam periuk nasi bersama daging yang telah direbus dan ditoskan.
7) Siap dan boleh dimakan bersama what ever soup or sweet sour!
8) Ayam masak merah saya ikut resepi ini. Tapi saya ubah buat berkuah.


 
  

Sunday 3 April 2016

Daging Goreng Lada Hitam


Rasa nak makan daging goreng lada hitam..
Kakak saya pula sedang berpantang, so boleh masakan untuk dia juga sesuai untuk wanita dalam pantang.. hehehe




Bahan-bahan:


Cara-cara :

ayam masak tomato sedap!


Puas doh makan ayam goreng kunyit biasa je..
So try resepi from Khairul Hakimin.
Seriously..sedap!

sedap! masam, manis, masin..
Bahan-bahannya ialah:
1 ekor ayam dipotong 16.
2 sudu besar serbuk kunyit
10 biji cili merah *
3 sudu besar cili kering kisar *
2 ulas bawang merah India *
2 inci halia muda *
2 inci kunyit hidup *
1 sudu kecil pes asam jawa
3 biji tomato yang agak muda *
Sejemput gula merah timbang
1 batang kayu manis + 3 kuntum cengkih
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Minyak masak untuk menggoreng. 


Cara-cara :
1) Blander bahan yang bertanda * (tambah air sikit je)
2) Perapkan ayam dengan kunyit (Jangan tambah garam) - Goreng jangan garing.
3) Panaskan api - masukan bahan yang di blander td sampai agak2 menggelegak dan masak
4) masukkan kayu manis + cengkih
5) masukkan gula merah, saya ganti dengan nissan (otg trg tahu apa itu nissan)
6) masukkan gula + garam 
7) Masukkan ayam yang telah digoremg.
8) Tutup api 

 Seriously..sedap!